Hebatnya kuasa bersyukur

Syukur.  Satu perkataan yang sangat hebat. Untuk sesiapa sahaja yang mengetahuinya.  Tapi ramai yang ambil enteng tentang nikmat yang satu ini.  Nikmat yang Allah berikan untuk manusia rasa bahagia dan lega tanpa perlu memikirkan pancaroba yang menusuk jiwa di dunia ini.

Biarlah dugaan yang hadir itu mengecewakan dan menyedihkan.  Namun jika kita benar-benar yakin bahawa kita patut bersyukur walaupun dengan keadaan yang menimpa kita, kita akan sedar betapa nikmatnya hidup bertuhankan Allah s.w.t.

Allah s.w.t telah memberikan kita satu keajaiban disaat kita merasakan diri ini tiada nilai mahupun tiada erti.  Apatah lagi ketika kita lena dibuai dengan kesenangan dan keseronokkan duniawi.  Seharusnya sebagai manusia kita perlu menguasai dan menghayati sebab kita dilahirkan didunia.  Dunia adalah tempat kita berpeluang merasai nikmat yang sedikit.  Walaupun sedikit, ia seumpama satu tanggungan yang maha hebat kerana nikmat yang sedikit itu sebenarnya sudah cukup banyak untuk mereka yang sedar.

Subhanallah, bagaimana pula nanti kita hendak meraikan nikmat di syurga.  Tidak terbayang dek akal. Mungkin perumpamaan seperti mati sebab kekenyangan sesuai menggambarkan tahap melampau-melampau nikmat di syurga. Oleh itu wahai teman dan taulan, sentiasalah bersyukur kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa didunia ini. Kita hanyalah pendatang, pelakon atau juga hamba yang tidak punya kuasa.  Hanya berupaya bilamana dikehendaki oleh NYA sahaja.

Astagfirullah.
Ranking: 5
 
© LIFE's Blog All Rights Reserved