Dugaan dan Cabaran Dalam Mendalami Islam

Apakah yang anda faham tentang Islam?  Satu persoalan yang akan bermain difikiran kita adalah pegangan atau fahaman apakah yang kita anuti?  Adakah sebenar-benar dari Al-Quran dan As-Sunnah?  Jika benar? Bagaimanakah anda mentafsirkannya?  Melalui guru agama dan alim ulama kah? Bagaimana?

Satu soalan yang nampak mudah tetapi sebenarnya amat sukar.  Di tambah lagi dengan kesukaran kita mengenalpasti fahaman yang sudah banyak bercambah sekarang.  Sudahlah tiada ilmu dalam setiap fahaman tersebut.  Ditambah pula dengan kelemahan kita untuk belajar dari mereka yang arif dan ahli dalam sesuatu ilmu tersebut.  Maka jadinya kita hanyut dalam arus yg penuh dengan ketidakpastian pada perspektif kita.  Kontroversi dibelakang fahaman Wahabi membuatkan kita cuak, kegilaan Syiah pula buat kita takut tapi kita sendiri masih tidak benar-benar faham pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Kita takut pada sesuatu yang kita tidak tahu.

Begitula manusia.  Tak pernah nampak hantu. Maka jadi takut.  Malam gelap tiada cahaya, juga jadikan kita takut sebab mungkin terpijak kaca.  Manusia memang takutkan sesuatu yang dia tiada ilmu padanya.  Jika dia ada ilmu, maka hilanglah takut itu.  Mudahlah keputusan yang perlu dibuat.  Inilah hakikatnya.  Islam tidak hanya boleh difahami hanya dengan belajar di sekolah agama.  Rasanya ilmu Islam itu harus terus menerus diterokai kerana Islam itu merangkumi aspek kehidupan manusia.  Sains itu Islam. Kemodenan itu Islam.  Kebersihan itu Islam.  Semuanya Islam jika mengikuti ajaran yang di ajar melalui junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Senyum.

Ignorance is Bliss

Kalau begitu banyak kekalutan.  Lebih baik tak payah amik port.  Tak perlu tahu semua ini dan ikut sahaja.  Benar. Pilihan di tangan kita.  Tapi bagaimana kita hendak menerangkan jika seorang bukan Muslim bertanya?  Jika kita sendiri gagal menerangkan apa fahaman yang kita anuti maka gagal lah kita untuk menjadi pendakwah atau daie yang dituntut oleh orang Islam.  Di sinilah kewajiban kita untuk terus menalaah ilmu agama Islam yang syumul ini.

Dugaan dan cabaran bukan hanya dari luaran bahkan daripada dalaman iaitu Syaitan itu sendiri.  Nafsu kita sendiri.  Marilah cuba untuk belajar sesuatu yang baik setiap hari agar hari kita pada hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah
Ranking: 5
 
© LIFE's Blog All Rights Reserved